Bekas hakim, dekan dilantik ke suruhanjaya kehakiman

Bekas hakim, dekan dilantik ke suruhanjaya kehakiman

Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin bersetuju melantik mereka sebagai ahli suruhanjaya mengikut Subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

(Dari kiri) Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar dan Prasad Sandosham Abraham; bekas hakim Mahkamah Rayuan Stephen Chung Hian Guan dan dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Johan Shamsuddin Sabaruddin dilantik menganggotai Suruhanjaya Lantikan Kehakiman untuk tempoh 2 tahun bermula hari ini.
PUTRAJAYA:
Dua bekas hakim Mahkamah Persekutuan adalah antara 4 yang dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang baru selama 2 tahun bermula hari ini.

Mereka ialah Suriyadi Halim Omar dan Prasad Sandosham Abraham.

Turut dilantik ialah bekas hakim Mahkamah Rayuan Stephen Chung Hian Guan dan dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Johan Shamsuddin Sabaruddin.

Kenyataan media pejabat setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman menyebut Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin bersetuju melantik mereka sebagai ahli suruhanjaya itu mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

“Pelantikan ini adalah bagi tempoh 2 tahun berkuat kuasa 4 Sept 2020 hingga 3 Sept 2022,” menurut kenyataan itu.

Pelantikan mereka adalah bagi menggantikan Mohd Hishamudin Md Yunus, Linton Albert, Mah Weng Kwai dan Shad Saleem Faruqi yang tamat tempoh perkhidmatan semalam.

Menurut kenyataan itu, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan Mohd Hishamudin, Linton, Mah dan Shad Saleem sepanjang tempoh mereka menjadi ahli suruhanjaya tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.