48 individu ingkar PKP ditahan, 17 tak pakai pelitup muka

48 individu ingkar PKP ditahan, 17 tak pakai pelitup muka

47 individu dikompaun dan 1 individu dijamin.

PETALING JAYA:
Polis menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 47 individu telah dikompaun dan 1 individu dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (12), tidak memakai pelitup muka (17), premis beroperasi lebih masa (13), langgar perintah kuarantin (1), dan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (5),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.