Orang muda penentu PRN Sabah

Orang muda penentu PRN Sabah

Ramai rakyat Sabah yang belajar di kolej dan universiti di Semenanjung serta yang pernah bekerja di sana kini berada di kampung halaman.

Seorang penganalisis politik berkata mereka yang berusia 20-an akan memberi kesan pada pilihan raya Sabah bulan ini. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Khairul Anuar Mudin mempunyai beberapa idea mengenai siapa yang akan diundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

Usahawan berusia 28 tahun dari Kota Belud itu berkata, kriteria akan dipilihnya adalah jumlah muka baharu yang dicalonkan parti bertanding.

“Saya ingin lihat adakah parti itu bersedia meletakkan calon lebih muda, bukan hanya di kawasan saya malah tempat lain juga,” katanya kepada FMT.

Katanya, dia akan tertarik kepada parti politik yang meletakkan sebilangan besar calon memahami isu yang memberikan kesan kepada generasinya.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah Lee Kuok Tiung berkata, mereka yang berusia awal 20-an pasti akan memberi kesan kepada undi kerana terdapat sebilangan besar tinggal di Sabah berikutan wabak Covid-19.

Ramai rakyat Sabah yang belajar di kolej dan universiti di Semenanjung serta yang pernah bekerja di sana sebelum diberhentikan kini berada di kampung halaman masing-masing.

Lee berkata, mengaitkan dengan kategori pemilih ini, bagaimanapun memerlukan parti politik melakukan lebih daripada sekadar meletakkan calon muda.

“Tidak menjadi masalah bagi parti untuk meletakkan calon lebih tua dengan syarat mereka selesa bergaul dengan orang muda dan benar-benar memahami aspirasi mereka,” katanya.

Beliau berkata, mereka mungkin menjauhkan diri daripada perhimpunan atau ceramah berikutan kebimbangan terhadap Covid-19, oleh itu parti politik perlu menggunakan media sosial untuk menyampaikan mesej kepada generasi celik IT.

“Mereka yang melakukannya dengan efektif dapat mempengaruhi pengundi ini,” katanya.

Pemerhati lain bersetuju, dengan beberapa menyatakan parti bertanding perlu melakukan lebih daripada sekadar mengeluarkan kenyataan kepada media dengan harapan mereka akan mendapat ruang dalam talian atau media cetak.

“Semua orang muda memiliki telefon bimbit,” kata seorang pemerhati. “Ramai yang hanya akan membaca berita yang dihantar melalui media sosial seperti WhatsApp.

“Untuk didengari, parti perlu berusaha menyampaikan mesej mereka di platform ini.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.