Wan Zulkiflee pengerusi baharu DRB-Hicom

Wan Zulkiflee pengerusi baharu DRB-Hicom

Beliau menggantikan Mohammad Zainal Shaari yang akan meletakkan jawatan pada 31 Ogos ini disebabkan komitmennya terhadap perniagaan lain.

Wan Zulkiflee Wan Ariffin pengerusi baharu DRB-Hicom berkuat kuasa 1 September
KUALA LUMPUR:
DRB-Hicom Bhd melantik Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai pengerusi, berkuat kuasa 1 September ini.

DRB-Hicom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Zulkiflee akan menggantikan pengerusi sekarang iaitu Mohammad Zainal Shaari, yang akan meletakkan jawatan pada 31 Ogos ini disebabkan komitmennya terhadap perniagaan lain.

Sehingga kini, Zulkiflee merupakan pengarah bebas kumpulan sejak 1 Ogos lalu.

Sebelum itu, beliau merupakan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Petronas.

Beliau juga menjawat jawatan pengerusi kumpulan bukan eksekutif Malaysia Airlines Bhd dan Malaysia Aviation Group Bhd.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.