
Ramai di antara anda pasti ada yang menggunakan mesin basuh automatik untuk mencuci pakaian di rumah kan?
Adakah anda tahu tentang fungsi semua butang yang ada di mesin basuh tersebut? Pernah tak anda menggunakannya.
Kalau anda nak tahu, ada satu fungsi yang tersedia dapat membantu anda membersihkan mesin basuh yang berhabuk dan berkeladak.
Cuba anda bayangkan mesin basuh anda telah bekerja keras untuk mencuci pakaian anda dan keluarga hampir setiap hari selama bertahun, jadi pasti banyak kotoran yang terperangkap di dalam mesin basuh anda.
Mungkin anda jarang gunakan fungsi ini, jadi di sini dikongsikan satu fungsi yang boleh memudahkan kerja anda untuk mebersihkan mesin basuh di rumah yang pasti akan membuat anda teringin untuk mencubanya.
Sebenarnya, salah satu fungsi butang soak di mesin basuh anda tu selain daripada boleh mencuci pakaian, butang itu juga sangat berguna untuk mencuci mesin basuh anda juga.
Pernah tak anda membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walaupun dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?
Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat di baju sekali. Anda jangan tak tahu, itu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ya, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
Fungsi soak atau tub cleaning di mesin basuh bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.
Mudah sahaja cara nak basuh mesin basuh:
- Tekan On
- Pilih dan tekan program soak/tub cleaning, tekan start.
- Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan cuka + soda bikarbonat.
Sukatan anda boleh agak sama ada suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun boleh sebab cuka sifatnya asid jadi ia boleh buang segala bau kepam.
Tapi jika letak dua-dua lagi bagus sebab sudah pasti bau macam mesin basuh baru beli.
Lepas itu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kain, cuma bila buat sesi soak/tub cleaning janganlah anda letak kain pula.
Jadi selepas ini anda boleh cuba buat dan amalkan buat soak/tub cleaning 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi se-optimum mungkin.
Kalau dibiarkan tidak cuci lebih lama, tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab sudah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]