Warga asing dibenar solat berjemaah mulai 1 Sept

Warga asing dibenar solat berjemaah mulai 1 Sept

Ismail Sabri Yaakob berkata, warga asing perlu berdaftar dengan pihak masjid dan mematuhi SOP ditetapkan.

Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa masjid berhak menolak warga asing jika ruang di dalam masjid tidak mencukupi.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan membenarkan warga asing yang tinggal di negara ini menunaikan solat berjemaah di masjid mulai 1 Sept ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka perlu berdaftar dan jawatankuasa masjid berhak menolak mereka jika ruang tidak mencukupi.

“Timbul banyak rayuan kerana kita tak benarkan langsung mereka untuk solat berjemaah,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini..

“Kita mulakan sekatan dengan 1/3 dibenarkan solat berjemaah dan luaskan lagi dengan benarkan seramai mana selagi ada penjarakan fizikal berdasarkan keluasan tempat.

“Kalau sudah mencukupi, tak ada ruang untuk mereka, itu keputusan pihak masjid sama ada benarkan atau tidak. Mereka kena patuhi SOP.”

Sementara itu, Ismail berkata, kerajaan bersetuju tidak mewajibkan penggunaan sejadah di masjid kerana ramai yang terlupa membawa sejadah dihalang menunaikan solat berjemaah.

Bagaimanapun katanya, jemaah digalak menggunakan sejadah dan pemakaian pelitup muka adalah wajib.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.