Ronaldinho bebas daripada tahanan rumah hampir 6 bulan

Ronaldinho bebas daripada tahanan rumah hampir 6 bulan

Bekas penyerang sensasi Barcelona itu dan saudaranya, Roberto de Assis Moreira ditahan kerana memasuki Paraguay menggunakan pasport palsu pada 4 Mac lalu.

Ronaldinho akan dibebaskan tanpa rekod jenayah di Paraguay selepas membayar denda AS$90,000. (Gambar AP)
BOGOTA:
Bekas bintang bola sepak, Ronaldinho dibebaskan pada Isnin selepas hampir 6 bulan berada di bawah tahanan rumah di Paraguay, lapor agensi berita Anadolu.

Bekas penyerang sensasi Barcelona dan saudaranya, Roberto de Assis Moreira, ditahan kerana memasuki Paraguay menggunakan pasport palsu pada 4 Mac lalu.

Ronaldinho dan Roberto masing-masing membayar ikat jamin AS$800,000 dan dipindahkan ke sebuah hotel 4 bintang di Asuncion, ibu negara Paraguay.

Mereka akan dibenar meninggalkan negara itu, dan Ronaldinho akan dibebaskan tanpa rekod jenayah di Paraguay selepas membayar denda AS$90,000.

Roberto pula akan dibebaskan dengan rekod jenayah, selepas membayar denda AS$110,000.

Roberto akan diperiksa pihak berkuasa setiap 3 bulan selama 2 tahun semasa berada di Brazil dan tidak dibenar meninggalkan negara asalnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.