PAS juga mahu kerajaan senaraikan 101 projek didakwa runding terus

PAS juga mahu kerajaan senaraikan 101 projek didakwa runding terus

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man percaya isu itu 'bola tanggung' semasa PRK Slim.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.
PETALING JAYA:
PAS hari ini menggesa kerajaan senaraikan 101 projek dikatakan berjumlah RM6.6 bilion yang diberi secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa kerajaan senaraikan semua projek runding terus yang diluluskan, termasuk kos projek dan kontraktor yang memperolehinya, untuk tatapan umum.

“Rakyat tentu terkejut dengan pendedahan tersebut, kerana selama ini Pakatan Harapan melaungkan slogan tiada projek runding terus, bahkan dalam manifesto PH semua projek akan dibuat secara tender terbuka,” katanya dalam kenyataan.

“Berita ini tentunya menjadi bola tanggung dan menyemarakkan lagi siri kempen dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim yang sedang berlangsung.”

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, melaporkan kepada Dewan Rakyat terdapat 101 projek dianugerahkan secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas, mencetuskan gempar dalam kalangan ahli Parlimen.

Selain PAS, Pakatan Harapan hari ini turut mencabar kerajaan mendedahkan 101 projek tersebut, termasuk syarikat mana yang berjaya mendapat tender, kroni siapa yang dapat, serta menteri mana yang memohon kelulusan rundingan terus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.