Ngeh Koo Ham diarah keluar selepas ganggu ucapan menteri

Ngeh Koo Ham diarah keluar selepas ganggu ucapan menteri

Ahli Parlimen Beruas diarah keluar selepas tidak mengendahkan amaran speaker.

Ngeh Koo Ham. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) diarah keluar dewan selepas mengganggu ucapan penggulungan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan kecoh lebih 5 minit selepas Zafrul melaporkan RM6.61 bilion projek diluluskan menteri kewangan pentadbiran lepas tanpa dibentangkan di Jemaah Menteri.

Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Azmin Ali, yang juga menteri hal ehwal ekonomi ketika itu, kemudian memaklumkan dewan bahawa projek itu tidak pernah dibentangkan di Jemaah Menteri.

Ngeh mempersoalkan tindakan Azmin, mengingatkan dewan bahawa beliau juga anggota pentadbiran lepas.

Speaker Azhar Azizan Harun mengarahkan Ngeh duduk namun tidak diendahkan, sehingga terpaksa memberi amaran, sebelum wakil rakyat DAP itu diarah keluar dewan.

“Esok baru boleh datang,” katanya.

Azhar kemudian memberi amaran kepada wakil rakyat supaya tidak membuang masa pada sesi pembentangan itu.

“Saya beri amaran siapa yang buang masa akan diusir,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.