
Kumpulan Islam disyaki merancang serangan itu.
Dua letupan dipercayai merupakan bom buatan sendiri meletus 1 jam antara satu sama lain di pusat bandar utama di pulau Jolo, kubu kuat kepada Abu Sayyaf, kumpulan militan yang berbaiah dengan kumpulan Negara Islam (IS).
Ia merupakan serangan paling besar di bandar itu sejak Januari 2019 yang menyaksikan pengeboman berkembar sebelum acara agama Ahad di sebuah gereja di situ yang membunuh lebih 20 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 100 yang lain.
Kumpulan serpihan Abu Sayyaf didakwa melakukan serangan itu dikatakan melibatkan pengebom berani mati warga Indonesia.
Letupan pertama pada Isnin berlaku sekitar tengah hari di depan sebuah pusat makanan di mana 2 trak tentera diletakkan, kata pihak tentera.
Letupan ke-2 berlaku selepas itu, tetapi tiada laporan korban dalam insiden itu.
Bom pertama membunuh 5 tentera dan 4 orang awam. 16 anggota tentera adalah antara yang cedera, kata Corleto Vinluan yang merupakan pegawai pemerintah di Mindanao Barat.
Jurucakap tentera Ronaldo Mateo berkata, bom tersebut dilekatkan pada sebuah motosikal yang diletak di situ.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut dan polis berkata, siasatan sedang dijalankan.