Covid-19: 10 kes hari ini, tiada kematian, kluster baharu

Covid-19: 10 kes hari ini, tiada kematian, kluster baharu

Daripada jumlah itu 8 kes adalah import dan 2 penularan tempatan.

PETALING JAYA:
Sebanyak 10 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 10 kes sembuh hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 10 kes baharu itu 8 adalah kes import dan 2 penularan tempatan.

Jumlah kematian kekal 125 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Noor Hisham turut memaklumkan tiada kluster baharu dilaporkan hari ini.

Dalam pada itu, 183 pesakit kini dirawat di hospital di seluruh negara.

Katanya, 9 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 4 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sehingga kini Malaysia merekodkan 9,267 kes Covid-19 dengan 8,959 daripadanya sudah sembuh.

Beliau berkata, 2 kes tempatan yang dilaporkan hari ini membabitkan kluster Tawar di Kedah.

“Daripada 8 kes import dilaporkan hari ini, 5 daripadanya melibatkan bukan warganegara dan 3 membabitkan warganegara,” katanya.

“Perincian mengikut negeri bagi kes import adalah Kuala Lumpur 3 kes masing-masing pulang dari 3 negara iaitu Indonesia, Maldives dan Mexico.

“Selangor 2 kes yang tiba dari Indonesia dan Sarawak (3) kes dari kluster Alam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.