Minyak masak diguna berulang kali punca sakit tekak, batuk

Minyak masak diguna berulang kali punca sakit tekak, batuk

Ada orang guna minyak masak sampai jadi hitam baru tukar baru!

Ada orang guna minyak masak sampai jadi hitam baru tukar baru!

Minyak masak merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada di dapur setiap rumah kita.

Persoalannya, berapa kerapkah anda menukar minyak masak?

Menurut statistik, secara purata 2kg minyak masak digunakan dalam sebulan oleh setiap daripada isi rumah di Malaysia.

Manakala, 45% membuang minyak masak terpakai terus ke dalam sinki atau tong sampah, yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Ada juga yang masih mengulang pakai minyak masak selagi ia tidak bertukar warna hitam, dengan alasan ia masih elok untuk digunakan.

Namun begitu, tindakan menggunakan minyak masak berulang kali adalah membahayakan kerana ia akan menyebabkan pelbagai penyakit kerana wujudnya radikal bebas dan lemak dalam minyak tersebut.

Lemak yang tidak boleh teroksida ini akan membentuk rantaian asid lemak dan boleh membentuk radikal bebas sekiranya pecah.

Radikal ini pula membentuk polimer bersifat karsinogenik seterusnya menyebabkan berlakunya kanser.

Selain itu, penggunaan minyak terpakai juga boleh menyebabkan batuk dan juga sakit kerongkong, meningkatkan kolestrol dan menyebabkan salur darah tersumbat seterusnya menjadi penyebab kepada serangan jantung!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.