
Ahli Parlimen Tanah Merah itu berkata, walaupun perkara itu sudah dijelaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini namun beliau bercadang menjelaskan isu berkenaan dengan lebih lanjut di Parlimen pada Isnin ini kerana mungkin terdapat salah faham.
“Surat yang ditularkan itu sudah lama, bertarikh 5 Jun lalu, dan anak saya juga sudah maklum bahawa dia tidak dilantik menjadi ahli lembaga pengarah di syarikat berkenaan.
“Malah saya juga telah membuat surat menarik balik cadangan pelantikan anak saya kepada menteri supaya surat sokongan itu dibatalkan selain turut memaklumkan kepada pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) supaya tidak melantik anak saya sebagai ahli lembaga pengarah di bawah mana-mana pengurusan LTAT,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ismail yang menjelaskan perkara berkenaan.
Salinan surat sokongan yang ditulis oleh Ikmal yang dikatakan meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga, yang ditujukan kepada Ismail bertarikh 5 Jun lepas tular sejak semalam.