8 kes baharu Covid-19, 4 sembuh

8 kes baharu Covid-19, 4 sembuh

Daripada jumlah itu 3 kes adalah import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 5 penularan tempatan.

PETALING JAYA:
Sebanyak 8 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 4 kes sembuh.

Daripada jumlah itu 3 kes adalah import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 5 penularan tempatan.

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara setakat ini adalah 9,257 dengan kematian kekal 125.

Sehingga kini, 8 kes positif Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 4 memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua 5 kes penularan dalam negara membabitkan warga Malaysia iaitu kes daripada kluster Tawar di Kedah.

Katanya, terdapat 5 kes baharu dilaporkan bagi kluster Tawar justeru menjadikan jumlah dikesan positif Covid-19 bagi kluster itu sebanyak 63 kes.

“Sehingga hari ini seramai 2,942 orang telah disaring dalam kluster ini di Kedah dan Pulau Pinang dan 198 masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengesanan kes dan saringan kontak rapat bagi kluster itu masih diteruskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.