Gempa 6.9 magnitud gegar Laut Banda, Indonesia

Gempa 6.9 magnitud gegar Laut Banda, Indonesia

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kemalangan atau kerosakan serius dilaporkan.

Indonesia sering berdepan aktiviti seismik dan gunung berapi kerana kedudukannya di ‘Lingkaran Api Pasifik’. (Gambar AP)
JAKARTA:
Gempa bumi bermagnitud 6.9 menggegar kawasan timur Indonesia pada Jumaat, lapor Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kemalangan atau kerosakan serius dilaporkan.

Di Kupang yang terletak di selatan pusat gegaran di Laut Banda, ramai penduduk ketakutan bertempiaran lari susulan bangunan bergegar.

“Saya berada di pusat membeli-belah ketika gempa bumi berlaku,” kata seorang penduduk Engky Nussi.

“Ramai orang bertempiaran lari keluar selepas barangan jatuh dari rak dan kami bimbang sesuatu lebih buruk bakal berlaku.”

Gegaran dasar laut itu turut dirasai pada jarak lebih 600km, kira-kira 220km dari pusat gempa di selatan Katabu yang terletak di Kepulauan Sulawesi, kata USGS.

Pada 2018 gempa bermagnitud 7.5 menyebabkan tsunami melanda pulau Sulawesi, lebih 4,300 orang maut dan dilaporkan hilang.

Pada 2004 gempa di luar pantai Sumatera mencetuskan tsunami menyebabkan 220,000 orang kehilangan nyawa, daripada jumlah mangsa terkorban 170,000 daripadanya adalah penduduk Indonesia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.