Warga emas maut selepas kenderaan terjunam dari tingkat 3

Warga emas maut selepas kenderaan terjunam dari tingkat 3

Jabatan Bomba dan Penyelamat menghantar sebuah jentera bersama 9 anggota ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 6.18 petang tadi.

Keadaan pacuan 4 roda yang terjunam dari tingkat 3 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul hari ini.
KUALA LUMPUR:
Seorang warga emas maut selepas pacuan 4 roda yang dipandunya terjunam dari tingkat 3 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul di sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.18 petang tadi dan menghantar sebuah jentera bersama 9 anggota ke tempat kejadian.

dalam Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Kuala Lumpur.

“Mangsa seorang lelaki berumur 63 tahun disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.