
Percaya atau tidak tandas awam direka di Tokyo, Jepun menggunakan cermin lutsinar!
Tandas awam yang mula dibuka kepada umum minggu ini, dibina dengan dinding kaca lutsinar menarik perhatian orang ramai.
Malah ia dilihat sebagai satu tarikan terbaru untuk pelancong datang ke Tokyo.
Namun anda tidak perlu risau, ia hanya bersifat lutsinar apabila kosong sahaja dan akan bertukar gelap apabila ada pengguna di dalamnya.
Menurut pereka, dia mahu pengguna melihat dekorasi dalam tandas itu sebelum mereka masuk untuk menggunakannya.
Dan inilah keunikan hasil rekaan semata-mata mahu ia menjadi tarikan pelancong di Tokyo.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]