Perikatan Nasional ‘opsyen’ masa depan, kata Annuar Musa

Perikatan Nasional ‘opsyen’ masa depan, kata Annuar Musa

Pendirian itu sehari selepas PAS mendedahkan BN tiada dalam jawatankuasa penaja PN.

Annuar Musa.
PETALING JAYA:
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Annuar Musa mengumumkan Perikatan Nasional “opsyen” masa depan.

Pendirian itu sehari selepas PAS mendedahkan Barisan Nasional tiada dalam jawatankuasa penaja PN.

“Tidaklah salah untuk mendaftarnya sebagai opsyen masa depan,” katanya di Twitter.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan parti Islam itu dalam jawatankuasa penaja untuk mendaftarkan PN bersama PPBM, namun tidak pasti adakah sekutunya, BN akan turut serta.

Takiyuddin berkata parti lain boleh menyertai gabungan itu selepas mereka menubuhkannya.

Seorang sumber dalaman parti beritahu FMT PAS menyasarkan peranan “kingmaker” pada pilihan raya umum akan datang, dengan menyebabkan Umno bergantung padanya melalui Muafakat Nasional, dan PPBM berpaut padanya dalam PN.

Umno sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkasakan MN, gabungan yang dibentuk bersama PAS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.