Rezeki tak diduga, pembuat sarung tangan kini bilionair ke-5 di Malaysia

Rezeki tak diduga, pembuat sarung tangan kini bilionair ke-5 di Malaysia

Pengasas bersama Riverstone Holdings Ltd, Wong Teek Son kini dinilai RM5 bilion setelah permintaan untuk produk keluarannya naik mendadak sejak wabak Covid-19 serang dunia.

Pandemik Covid-19 menyebabkan permintaan tinggi terhadap pengeluaran sarung tangan.

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai bagi mereka yang mendapat rezeki tidak diduga ekoran pandemik Covid-19.

Apabila Covid-19 yang mula menyerang dunia sejak akhir tahun lalu dan Wuhan di China menjadi kawasan pertama yang mengesan wabak ini menyaksikan lebih 20 juta orang dijangkiti wabak itu.

Walaupun Covid-19 di lihat seperti satu malapetaka, namun bagi sesetengah orang ia menjadi lubuk rezeki mereka untuk bertambah kaya.

Dengan permintaan sarung tangan yang tinggi di peringkat global, pandemik Covid-19 telah melahirkan satu lagi billionair dari Malaysia.

Pengasas bersama Riverstone Holdings Ltd, Wong Teek Son kini dinilai sebanyak RM5 bilion setelah permintaan untuk produk keluarannya naik mendadak sejak wabak ini menyerang dunia.

Bloomberg dalam satu laporannya mengatakan Wong berjaya menjadi billionair kelima di Malaysia dengan perniagaan berasaskan pembuatan sarung tangan.

Sebelum ini, Stanley Thai Kim Sim dan Kossan Rubber Industries milik Supermax Corp Lim Kuang Sia berjaya menjadi jutawan disebabkan permintaan yang tinggi.

Pembuat sarung tangan di Malaysia kini dinilai sebagai syarikat paling berharga di negara ini selepas saham mereka melonjak lebih daripada 192% tahun ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.