
Kerajaan meluluskan garis panduan yang merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal.
“Antara Garis Panduan yang perlu dipatuhi termasuk mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa atau penjaga murid yang terlibat, pengunaan bilik mandi atau persalinan dihadkan mengikut kapasiti, memastikan penjarakan fizikal 1-3 meter bagi aktiviti statik, dan 3-5 meter bagi aktiviti dinamik.
“Aktiviti sukan dan kokurikulum juga perlu mematuhi garis panduan dan SOP Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, serta Kementerian Pendidikan sedia ada,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Garis panduan yang lengkap boleh didapati di laman Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pendidikan bermula 1 Sept.
Sementara itu, mesyuarat khas juga meneliti dan meluluskan pembentangan Kementerian Pelajaran mengenai garis panduan pengajaran dan pembelajaran (PdP) amali teknikal dan vokasional berkuatkuasa 1 Sept.
“Garis panduan PdP amali teknikal dan vokasional melibatkan lebih 89 kolej vokasional serta sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah teknik yang terpilih.
“Antara garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk menentukan bilangan murid berdasarkan kapasiti ruang, tempat dan peralatan amali dibersihkan dan disanitasi. Murid bergejala tidak dibenarkan untuk mengikut amali,” katanya.