
Terokai seluruh dunia pastinya menjadi impian ramai orang.
Bukan sahaja dapat melihat keindahan sesuatu tempat tetapi dapat juga mempelajari budaya di tempat tersebut dan membuka mata kita.
Terbaru, seorang wanita yang berusia 90 tahun berjaya mencuri tumpuan apabila jelajah secara solo walaupun usianya sudah lanjut.
Wanita tersebut dikenali sebagai Babushka berkongsi gambar perjalanan beliau melancong di Instagram.
Banyak negara yang dikunjunginya, antaranya Thailand, Vietnam, Istanbul dan banyak lagi.
Pastinya kaki “travel” di luar sana berasa kagum dengan semangat yang ditonjolkan Babushka ini untuk melancong dalam usianya itu.
Jadikan Babushka sebagai inspirasi buat anda untuk terokai dunia dan tidak menjadikan usia sebagai penghalang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]