
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan dan Hal Ehwal Keluarga negara itu, jumlah kes Covid-19 kini adalah sebanyak 2,526,192.
Dengan lebih 1,000 kematian baru, jumlah kematian melonjak kepada 49,036 orang.
India kekal sebagai negara ke-3 paling teruk terjejas dari segi bilangan kes di belakang Amerika Syarikat dan Brazil.
Ia menjalankan 868,679 ujian saringan pada Jumaat dengan jumlah saringan sebanyak 2.8 setakat ini, menurut Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR).
Negeri Maharshtra di barat negara itu paling teruk terkesan dengan lebih 500,000 kes, diikuti Tamil Nadu dan Andhra Pradesh.
Kes jangkitan baru semakin meningkat di negeri lain.
Pada Jumaat, setiausaha bersama Kementerian Kesihatan dan Hal Ehwal Keluarga Lav Agarwal disahkan positif Covid-19.
Sepanjang tempoh 6 bulan lepas, beliau mengetuai sidang media berkaitan Covid-19 sebagai wakil kerajaan.
Dalam hantaran di Twitter, Agarwal berkata, beliau menjalani pengasingan di rumah seperti ditetapkan oleh garis panduan kerajaan selepas disahkan positif wabak itu.