Lindungi premis haram: SPRM tahan reman penguat kuasa MBSA 7 hari

Lindungi premis haram: SPRM tahan reman penguat kuasa MBSA 7 hari

Lelaki berumur 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam selepas hadir memberi keterangan.

Semalam, 5 individu, termasuk 4 penguat kuasa MBSA direman selama 7 hari bagi membantu siasatan kes yang sama. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Seorang penolong pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman 7 hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berumur 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira 9.30 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Semalam, 5 individu, termasuk 4 penguat kuasa MBSA direman selama 7 hari bagi membantu siasatan kes yang sama.

Isu tersebut menjadi hangat apabila baru-baru ini tular 2 klip video menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi oleh Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.