
Shafie berkata, kerajaan negeri berusaha untuk mengeluarkan sijil tanah adat negeri (NT) kepada penerima yang sah sejak tahun lalu.
“Apa yang tidak kena? Saya sudah memberikan hak milik tanah sejak setahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 399 sijil NT kepada penduduk kampung di daerah utara Kudat hari ini.
“Ini bukan untuk membeli undi. Selagi writ pilihan raya belum dikeluarkan, kerajaan sementara masih boleh berfungsi untuk memberi (hak milik tanah).
“Jika writ sudah dikeluarkan, itu cerita berbeza (tetapi) saya masih boleh menghulurkan bantuan.
“Saya juga tahu undang-undang (kerana) saya pernah menjadi penggubal undang-undang selama beberapa dekad,” katanya.
Terdahulu, Shafie menyampaikan hak milik tanah sama kepada penerima di Tongod, Tawau, Lahad Datu, Keningau dan Tambunan.
Shafie juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak boleh berbuat demikian sedangkan kerajaan persekutuan boleh melakukannya.
“Jika kerajaan persekutuan atau agensi boleh membuat pelbagai pengumuman, mengapa sebagai ketua menteri sementara saya tidak boleh melakukan perkara sama untuk kerajaan negeri atau jabatan?
“Jika agensi persekutuan dapat berfungsi di Sabah, jadi mengapa jabatan peringkat negeri tidak boleh bertindak serupa?” soalnya.