
Annapuranee, 65, hilang 3 tahun lalu, sekali gus menyebabkan pencarian di seluruh negara oleh 2 anaknya.
Mangsa dilihat kali terakhir di Jalan Scotland pada 13 Disember 2017, kira-kira 3km dari lokasi tulang itu ditemui.
Anaknya, Greg, ke Pulau Pinang untuk menyerahkan sampel DNA bagi tujuan perbandingan.
Mengesahkan sampel DNA itu sepadan, ketua polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan berkata polis ke lokasi berkenaan untuk mengesan barang kes lain yang mungkin ada di situ.
Tulang itu ditemui oleh pekerja landskap pada 24 Jun lalu, bersama barangan dianggap milik mangsa dan kad kunci hotel yang dikenali sebagai Jenkins’.
Annapuranee, yang dikenali dengan panggilan Anna berada di Pulau Pinang dalam percutian singkat bersama suaminya Frank.
Dia meninggalkan hotel dengan menaiki teksi pada 13 Dis 2017 untuk menjalani pemeriksaan gigi di klinik di Jalan Burma. Dia kemudian meminta pekerja memesan perkhidmatan Uber untuk ke sebuah rumah kebajikan di Batu Lanchang selepas rawatan.
Bagaimanapun, Annapuranee dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke hotel penginapannya selepas itu.