Petronas rugi RM17 bilion ketika PKP, kata PM

Petronas rugi RM17 bilion ketika PKP, kata PM

Sepanjang tempoh itu sektor ekonomi secara amnya ditutup untuk mengawal penularan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis juga menyatakan pada masa ini kerajaan persekutuan tidak bercadang meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA1974).
KUALA LUMPUR:
Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melaporkan kehilangan pendapatan petroleum sekitar RM17 billion dari Mac hingga Jun 2020 sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga sebelum pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis dikeluarkan pada 10 Ogos bagi menjawab pertanyaan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) yang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyatakan jumlah sebenar kehilangan pendapatan petroleum sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Sepanjang tempoh itu sektor ekonomi secara amnya ditutup untuk mengawal penularan pandemik Covid-19.

Semasa tempoh awal PKP, harga minyak mentah dunia mengikut penanda aras minyak mentah Brent jatuh daripada paras AS$51.80 pada Ferbuari kepada AS$20.37 pada awal Mac, berada pada tahap terendahnya pada tahun ini.

Sementara itu, perdana menteri dalam jawapan bertulis juga menyatakan pada masa ini kerajaan persekutuan tidak bercadang untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA1974).

Ia sebagai menjawab pertanyaan Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang menanyakan sama ada peletakan jawatan bekas ketua pegawai eksekutif Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffin ada kaitan dengan rancangan untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.