Hilangkan kesan gores pada kereta dengan kos tak sampai RM20!

Hilangkan kesan gores pada kereta dengan kos tak sampai RM20!

Hanya dengan 2 benda yang kos tidak sampai RM20 kesan calar pada kereta dapat dihilangkan.

Hanya dengan 2 benda yang kos tidak sampai RM20 kesan calar pada kereta dapat dihilangkan.

Kereta calar kerana bergesel dengan kereta lain, pagar atau penghadang jalan sememangnya boleh sesiapa sahaja sakit hati melihat akan kesan calar itu.

Ini kerana kos untuk “touch up” balik bukanlah murah.

Bagi anda yang sekarang ada masalah ini boleh cuba dulu tip yang diajar @petre_ikato sebelum ke bengkel.

Cara hilangkan calar kereta yang dikongsi di Twitter ini kosnya tak sampai pun RM20.

1. WD-40. The solution to every problem

Hilang karat, tanggalkan kotoran, licinkan mangga ketat, hilangkan kesan chewing gum dari karpet and macam-macam lagi boleh dibuat hanya dengan menggunakan benda ini.

2. Magic Sponge

Magic sponge ini berbeza dengan sponge biasa kerana permukaan dia yang senang untuk mencuci semua kotoran.

Sponge ini juga bagus simpan dekat rumah kerana ia boleh cuci bahagian kotoran degil tanpa menggunakan sabun.

WD-40 harganya dalam RM13 dan sponge pula hanya RM2.20.

Cara-cara nak hilangkan calar

1. Basuh permukaan kereta dengan air biasa, hilangkan kotoran yang kasar.

2. Spray sikit WD-40 dekat bahagian scuff marks tu.

3. Slowly gosok magic sponge dekat scuff marks yg dah dispray dengan WD-40.

4. Gosok pelan pelan dan jangan tonyoh kuat sangat. Lama lama nanti scuff marks tu akan hilang.

5. Take note! Setiap kali gosok, tengok sponge anda, keluar warna apa. Kalau keluar warna kereta, bermakna anda sudah gosok terlalu kuat.

6. Gosok perlahan-lahan dan kesan calar itu akan tertanggal. Kalau tak tanggal, spray lagi WD-40

7. Last sekali bilas dengan air dan lap guna kain bersih segala kotoran yang dah tertanggal.

Teknik ni hanya untuk buang scuff marks atau paint transfer sahaja.

Untuk pengetahuan, kereta kita ada beberapa layer cat. Dan cat atas sekali tu yang kita boleh bersihkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.