30 saksi beri keterangan perbicaraan SRC ke-2 Najib tahun depan

30 saksi beri keterangan perbicaraan SRC ke-2 Najib tahun depan

Bekas perdana menteri itu berdepan 3 pertuduhan pengubahan wang membabitkan RM27 juta didakwa daripada SRC International.

Bekas perdana menteri, Najib Razak.
KUALA LUMPUR:
Kira-kira 30 saksi dijangka memberi keterangan di Mahkamah Tinggi tahun depan untuk kes pengubahan wang bekas perdana menteri, Najib Razak membabitkan RM27 juta dana didakwa daripada SRC International.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izzat Fauzan berkata sesetengah mereka ialah saksi daripada kes SRC International terdahulu RM42 juta, di mana 57 saksi sudah memberi keterangan.

Dalam kes itu, Najib disabitkan bersalah ke atas 7 pertuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang.

Beliau dibenarkan menangguh hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Kes akan datang ini menyaksikan ahli Parlimen Pekan itu berdepan 3 pertuduhan pengubahan wang membabitkan RM27 juta dipercayai daripada bekas anak syarikat 1MDB.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menetapkan perbicaraan bermula 2 hingga 12 Ogos 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.