
Sebut sahaja Doraemon pasti semua akan menyanyikan bait-bait lagunya yang cukup sinonim dalam kehidupan hampir semua rakyat Malaysia.
Malah boleh dikatakan semua golongan tak kira tua atau muda dibesarkan dengan siri animasi Doraemon itu.
Setiap malam pukul 7 semua pasti akan menunggu di depan televisyen untuk menyaksikan telatah Nobita, yang membawa watak kanak-kanak lelaki berkacamata dan hidupnya ditemani kucing robot dari abad ke-22, Doraemon.
Sekiranya anda peminat kartun Doraemon, anda pasti sudah terbiasa dengan selok belok kehidupan mereka, termasuk dengan tempat tinggal Nobita dan Doraemon.
Rumah Nobita sering dipotretkan dengan “mood” yang sederhana, mempunyai 2 tingkat dengan ruang tamu, bahagian dapur dan bilik Nobita yang direka dengan konsep minimalis.
Tahukah anda, walaupun kartun ini dibuat pada tahun 1962, tetapi rumah ini masih dianggap mahal pada zaman sekarang dengan nilai rumah Nobita mencecah RM2 juta.
Di dalam satu Tweet yang ditulis oleh seorang penulis novel Jepun, SOW, di akaun Twitter miliknya, @sow_LIBRA11.
Dia membuat “thread” khas yang mengandungi pengiraan harga rumah yang terdapat di dalam anime Jepun itu.
“Untuk tahun 70-an, rumah keluarga Nobita dianggap sebagai ‘rumah biasa’. Rumah dua tingkat yang terletak di Nerima Ward, Tokyo, yang harganya sekitar 70 juta yen. Jumlah pembayaran pinjaman adalah sekitar 200 ribu yen sebulan. Bapa Nobita tentu mempunyai gaji yang tinggi.
Berdasarkan harga pasaran, rumah jenis ini mungkin disewa dengan harga RM6,407,” kata SOW.
Bukan hanya rumah Nobita, SOW juga membuat pengiraan rumah keluarga Sazae-san yang sudah “berdiri” sejak tahun 1946 dengan harga mencecah RM60 juta.
Kemudian rumah Usagi Tsukino, Sailor Moon, harganya lebih tinggi iaitu pada RM18 juta.
Rumah keluarga Nohara atau lebih dikenali sebagai Shin chan pula berharga RM800,000.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]