Gara-gara abaikan SOP, lebih 200 kanak-kanak dijangkiti Covid-19!

Gara-gara abaikan SOP, lebih 200 kanak-kanak dijangkiti Covid-19!

Lebih 200 kanak-kanak hadiri kem musim panas dijangkiti Covid-19 selepas penganjur tak wajibkan pakai topeng muka.

Lebih 200 kanak-kanak hadiri kem musim panas dijangkiti Covid-19 selepas penganjur tak wajibkan pakai topeng muka. (Gambar Getty)

Lebih daripada 200 kanak-kanak disahkan dijangkiti wabak Covid-19 selepas menghadiri kem musim panas di Georgia, Amerika Syarikat.

Dilaporkan seramai 260 kanak-kanak termasuk kakitangan kem yang dianjurkan pada akhir Jun lalu itu, dijangkiti wabak berkenaan.

Kem itu, yang tidak didedahkan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), dikritik kerana tidak mewajibkan kanak-kanak memakai topeng muka.

Dilaporkan juga kebanyakan bangunan di kem itu tidak mempunyai pengudaraan yang betul.

CDC mendedahkan lebih 200 daripada mangsa yang dijangkiti adalah kanak-kanak, dan ini bermakna lebih satu pertiga daripada mereka yang hadir terkena jangkitan wabak maut berkenaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.