
Katanya, beliau terpaksa mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN).
“Saya tahu ada kritik kita kenapa adakan pilihan raya, bimbang sangat nyawa manusia (berikutan wabak Covid-19).
“Tapi daripada kita menyerahkan kuasa kepada mereka secara itu, tidak apa bagi kita, saya sanggup mati,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Warisan di Kolombong, dekat sini, hari ini.
Kenyataan berkenaan difahamkan ditujukan kepada kem Musa Aman yang dikatakan cuba mengambil alih kerajaan selepas mendakwa mempunyai cukup majoriti.
Bagaimanapun usaha itu gagal selepas Shafie mengumumkan pembubaran DUN pada 30 Ogos lalu.