
Bernama melaporkan Ramlan merupakan ahli SPR dari Februari 2019 sehingga beliau meletakkan jawatan pada penghujung bulan lepas.
Beliau menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1983 dan pernah bertugas dalam pelbagai kapasiti di kedutaan Malaysia di Jakarta, Belanda dan Zagreb, Croatia.
Ramlan dilantik sebagai penolong pesuruhjaya tinggi ke Singapura pada 2001, duta ke Bosnia Herzegovina pada 2004 dan duta ke Republik Korea pada 2009.
Pada 2015 beliau dilantik sebagai wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, menurut laporan itu lagi.
Beliau dilantik sebagai ketua setiausaha Kementerian Luar pada 2019.
Ramlan berkata, beliau akan bekerja rapat dengan pengurusan dan pegawai Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, industri pelancongan dan media dalam usaha memajukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancong di Asia Tenggara.