8 kes baru Covid-19 dicatat hari ini, 5 jangkitan tempatan

8 kes baru Covid-19 dicatat hari ini, 5 jangkitan tempatan

223 pesakit masih dirawat di seluruh negara.

PETALING JAYA:
Sebanyak 8 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini membabitkan 5 kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,964 kes dengan 223 pesakit masih dirawat di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 5 pesakit sembuh hari ini, menjadikan semuanya 8,617 kes pulih setakat ini.

“Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlahnya kekal 124 orang,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, 3 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.