
DBKL turut merayu ibu bapa dan orang awam supaya membantu dalam usaha membanteras dan mengakhiri wabak Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun ini.
“Notis penutupan telah dipaparkan, tetapi anda sengaja mengingkarinya, anda tidak kasihan apa yang akan menimpa kepada anak-anak anda.
“Mungkinkah ini kali terakhir anda akan menatap wajah anak-anak anda? Kami buka taman ini untuk anda beristirehat setelah anda lelah bekerja bukan untuk anda menjadi mangsa,” katanya di Facebook hari ini.
DBKL turut memuat naik beberapa gambar yang dipercayai diambil di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.
“Taman awam dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 malam sahaja, untuk riadah ringan. Tetapi kemudahan dalam taman seperti taman permainan kanak-kanak masih ditutup,” katanya.
Setakat hari ini, 13 kes baru Covid-19 dilaporkan berbanding 23 semalam, manakala 6 pesakit disahkan sembuh.
Angka kematian juga bertambah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 124.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, 2 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 1 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.