Sekeluarga terkejut sup dipesan ada bangkai kelawar terus buat ujian Covid-19!

Sekeluarga terkejut sup dipesan ada bangkai kelawar terus buat ujian Covid-19!

Sekeluarga di Wuhan terkejut sup khinzir yang dipesan mengandungi bangkai anak kelawar.

Sekeluarga di Wuhan terkejut sup khinzir yang dipesan mengandungi bangkai anak kelawar.

Ketika di awal penularan Covid-19, satu dunia kecoh mendakwa kelawar punca kewujudan virus itu yang bermula di Wuhan, China.

Ia sekaligus menyaksikan semua pasar yang menjual binatang itu dilarang sama sekali untuk menjualnya kepada orang ramai.

Selepas 7 bulan pandemik Covid-19 melanda dunia, baru-baru ini kecoh apabila sekeluarga di Wuhan bergegas ke hospital untuk buat test Covid-19 selepas mendapati sup khinzir yang dibeli mereka mengandungi haiwan tersebut.

Menurut Daily Mail, sup khinzir yang dipesan dari sebuah restoran di Wuhan itu telah dicemari oleh haiwan mamalia tersebut dengan sayap dan tubuhnya kelihatan dalam keadaan “mengerekot”.

Terkejut dengan apa yang dijumpai dalam sup yang baru separuh dimakan itu, mereka sekeluarga terus bergegas ke hospital untuk membuat ujian Covid-19.

Bagaimanapun keputusan daripada test itu menunjukkan mereka semua negatif.

Menurut ketua keluarga tersebut, Chen, dia pada mulanya sudahpun memakan sup itu terlebih dahulu dan tak sedar akan kewujudan bangkai kelawar tersebut.

“Bila saya nak panaskan ia semula dan mencedok sedikit, tiba-tiba saya nampak satu benda hitam. Ia bangkai anak kelawar.

“Saya angkat guna chopstick dan nampak ia ada sayap dan telinga serta berbulu,” katanya.

Keluarga ini bagaimanapun tidak tahu macam mana haiwan tersebut boleh berada di dalam sup mereka dan pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terhadap restoran yang menyediakan sup tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.