
Negara yang paling teruk terjejas akibat pandemik itu mencatatkan 73,795 kes baru Covid-19 dengan tambahan 1,157 kematian, menurut universiti berpangkalan di Baltimore itu setakat 8.30 malam Jumaat.
Ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di AS setakat ini ialah 4.1 juta dengan 145,324 kematian.
Seramai 1.26 juta pesakit sudah pulih setakat ini.
Jumlah kes Covid-19 di AS yang berkurangan pada akhir musim bunga, kembali menyaksikan lonjakan, khasnya di negeri selatan dan barat seperti California, Texas, Alabama dan Florida.
Sebanyak 60,000 kes baru dilaporkan setiap hari, sepanjang 11 hari lalu.
Saintis bersetuju kenaikan kadar kematian menyusul lonjakan dalam jangkitan selama 3 hingga 4 minggu.
Selepas lebih 500 kematian dicatatkan setiap hari sekitar akhir Jun lalu, angka korban harian kini melebihi 1,000 kes sejak 3 hari lalu.