Bekas KSN dilantik pengerusi EAIC

Bekas KSN dilantik pengerusi EAIC

Pelantikan Sidek Hassan untuk tempoh 3 tahun berkuat kuasa 1 Julai.

Bekas ketua setiausaha negara Sidek Hassan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas ketua setiausaha negara Sidek Hassan dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Pelantikan beliau dan timbalannya, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali diumumkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Turut dilantik bekas hakim Mahkamah Tinggi John Louis O’Hara dan penasihat undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod sebagai pesuruhjaya.

Pelantikan mereka untuk tempoh 3 tahun berkuat kuasa 1 Julai.

“Pelantikan ini akan memperkukuhkan pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang berintegriti dan efektif dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan.

Sidek mengambil alih jawatan pengerusi daripada bekas penasihat kepada Jabatan Peguam Negara, A Aziz A Rahim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.