
“Apa pun saya kena bersihkan nama saya dulu, sebab saya ada kes tertentu di mahkamah. Saya nak bersihkan nama saya, itu pokoknya.
“Bila saya dah bersihkan nama saya, insya Allah saya akan tentukan apa yang patut saya lakukan sebab serangan Mahathir keterlaluan dan terlalu ‘personal’,” katanya dalam wawancara bersama akhbar Sinar Harian malam ini.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau bersedia memaafkan Mahathir yang melemparkan pelbagai tohmahan terhadapnya.
Semalam, Mahathir mempertahankan kritikan terbukanya terhadap Najib kerana beliau ialah bekas perdana menteri dan bukannya “individu tepi jalan” yang merupakan punca kejatuhan kerajaan PH pada Februari lalu.
Ahli Parlimen Langkawi itu kecewa PPBM yang ditubuhkan khusus untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrat pimpinan Najib, percaya DAP boleh menghancurkan orang Melayu.
Beliau turut mendakwa isu itu dicipta Najib untuk menjatuhkan kerajaan PH.
Hari ini, Najib berkata, semua catatannya di media sosial, khasnya Facebook dibuat berdasarkan fakta, angka sebenar dan kebenaran.
Katanya, beliau tidak melakukan serangan peribadi terhadap mana-mana pihak.
“Kita tumpu pada dasar, idea dan cadangan bernas sedikit.
“Perli, kiasan ada, kalau tak bosan. Cuit tak kasar, cara itu politik matang dan sihat.”