40 jemaah tabligh Malaysia akan pulang dari India hari ini, kata menteri

40 jemaah tabligh Malaysia akan pulang dari India hari ini, kata menteri

Semua 40 jemaah tabligh itu akan menjalani kuarantin wajib 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan di Bangi.

Ismail Sabri Yaakob berkata, ahli keluarga tidak dibenarkan melawat 40 jemaah tabligh itu di pusat kuarantin di Bangi.
PETALING JAYA:
Seramai 40 jemaah tabligh Malaysia yang terkandas di India akan pulang ke tanah air hari ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kumpulan yang tidak dapat pulang pada 17 Julai lalu itu, akan tiba dengan pesawat Air India Express.

“Mengambil kira faktor risiko jangkitan, mereka semua akan menjalani kuarantin wajib 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan di Bangi.

“Pusat pemantauan ini akan diselia petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan dan dikawal polis. Oleh itu, lawatan pihak luar, termasuk ahli keluarga tidak dibenarkan sepanjang tempoh kuarantin wajib ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, 389 rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia, Vietnam, Qatar, China, Turki, India, Filipina, Nepal dan Jepun semalam diarahkan menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sementara itu, beliau berkata, 75 individu ditahan atas kesalahan mengingkari perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), dengan 3 daripadanya direman dan baki 72 dikompaun.

“Semuanya terlibat dalam aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan melanggar SOP.”

Ismail berkata, 3 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen semalam dan 68 sekatan jalan raya dijalankan di seluruh negara dengan 31,985 kenderaan diperiksa bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), khasnya di lorong tikus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.