
Menerusi perbualan telefon pada Isnin, kedua-dua pemimpin itu “menegaskan perlunya pertempuran segera dihentikan termasuk melalui gencatan senjata serta rundingan ekonomi dan politik”, kata Rumah Putih dalam kenyataan.
Dalam kenyataan berasingan, Rumah Putih berkata Trump pada Isnin turut bercakap dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron bagaimana untuk mengatasi keadaan di Libya.
Parlimen Mesir sebelum itu mengeluarkan mandat membolehkan presiden menghantar tentera ke luar negara untuk “melindungi keselamatan negara.”
“Di bawah mandat itu, tentera boleh menjalankan misi tempur di luar sempadan untuk mempertahankan keamanan Mesir,” kata parlimen dalam kenyataan.
Libya dicengkam perang saudara sejak penggulingan dan pembunuhan bekas pemimpin Muammar Gaddafi pada 2011.