
Jepun kini kembali membuka bisnes dan taman tema mereka di negara berkenaan bagi merancakkan kembali sektor ekonomi mereka yang terkesan teruk kerana ketiadaan pelancong luar akibat Covid-19.
Namun, bagi mengekang penularan Covid-19, setiap pembukaan taman tema atau tempat tumpuan awam akan mempunyai SOP yang ketat.
Namun, ada satu peraturan yang dilihat agak “pelik” yang dikenakan buat pengunjung Fuji-Q Highland Amusement Center iaitu mereka tidak dibenarkan untuk menjerit jika menaiki roller coaster.
Biasa kita ke taman tema seperti Legoland atau Sunway Pyramid, jeritan keterujaan adalah satu perkara biasa apabila melalui kawasan roller coaster atau tarikan lain yang melibatkan kelajuan.
Jadi, bagaimana untuk naik roller coaster tanpa menjerit?
Dalam video yang dihasilkan oleh Fuji-Q Highland ini dan dikongsikan di YouTube, presidennya, Daisuke Iwata dan presiden syarikat induk Fuji Kyuko, Koichiro Horiuchi membuat demonstrasi bagaimana untuk “diam” tetapi masih boleh menikmati roller coaster di taman tema tersebut.
Dapat dilihat, mereka berdua nampak tenang sahaja dan menaiki roller coaster lengkap dengan topeng.
Lebih menarik, terdapat ayat “sila menjerit di dalam hati” ditulis di pengakhiran video ini.
Mungkin sudah biasa menaiki setiap tarikan di taman tema ini, Daisuke dan Koichiro boleh menaiki roller coaster dengan tenang serta tanpa sebarang perasaan dan kekal serius hingga tamat.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]