Ini pesanan Dr Noor Hisham bagi mereka sering letak topeng bawah dagu

Ini pesanan Dr Noor Hisham bagi mereka sering letak topeng bawah dagu

Topeng yang diturunkan terutama di bahagian dalam akan tercemar kerana bersentuhan dengan tengkuk yang terdedah sebelum ini.

Posting Dr Noor Hisham menegur sikap sesetangah orang meletak topng bawah dagu yang disifatkan boleh terdedah kepada kuman.

Topeng atau “face mask” ketika ini menjadi satu benda yang wajib untuk semua orang terutamanya ketika keluar dari rumah dan berada di tempat awam.

Walaupun masih ada sebilangan kecil yang enggan mematuhi saranan tersebut namun sebahagian besar masyarakat kita dilihat sudah terbiasa dengan pemakaian pelitup muka itu di musim penularan Covid-19 ketika ini.

Bagaiamanapun, tahukah anda pemakaian topeng bukan sahaja mempunyai caranya yang betul namun turut mempunyai “pantang larang” seperti yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham di akaun media sosialnya.

Dalam posting itu Dr Noor Hisham dilihat menasihati mereka yang gemar untuk menurunkan topeng ke bahagian dagu ketika melakukan aktiviti seperti makan dan minum yang sebenranya memerlukan mereka membuka topeng tersebut.

“Sama ada anda memakai topeng anda dengan betul atau alihkan kesemuanya,” tulis beliau sambil berkongsikan poster yang menerangkan kenapa topeng tidak boleh diturunkan ke bahagian dagu.

Poster tersebut yang bertajuk “Jangan turunkan topeng anda ke bahagian dagu” itu menceritakan dengan ringkas kenapa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan.

Ini kerana topeng yang diturunkan terutama yang berada di bahagian dalam akan tercemar kerana bersentuhan dengan tengkuk yang terdedah sebelum ini.

Ia akan bertambah teruk apabila bahagian dalaman topeng yang bersentuhan itu dinaikkan kembali dan menutupi bahagian mulut dan hidung.

Perkara itu menurut poster tersebut sekaligus akan membolehkan kedua-dua bahagian hidung dan mulut untuk menjangkiti virus, kuman dan bakteria yang telah melekat di topeng tadi.

Jadi kepada anda yang sering menurunkan topeng sebelum ini, mungkin pesanan daripada ketua pengarah kesihatan ini akan mengubah cara pemakaian topeng anda selepas ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.