
Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas Amir Abd Salim Meor Lope, 51, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Haiwan.
Dia sebelum ini didakwa bawah Akta Kebajikan Haiwan kerana menyebabkan kesakitan yang tidak sepatutnya kepada haiwan, antara 4 dan 5 Jan 2019 di Taman Beringin.
“Pihak pendakwaan dan pembelaan mengajukan akuan rundingan bawah Seksyen 172A Kanun Tatacara Jenayah, dan semua pihak bersetuju dengan rundingan itu supaya denda dibayar,” kata Manira.
“Jika gagal bayar RM7,000, dia akan menjalani hukuman penjara 4 bulan.”
Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan (DVS) mendapati Amir berada di kawasan itu memberitahu bagaimana dia menetak kaki anjing dengan parang yang menghampiri kebun ayamnya.
Beberapa hari kemudian, pegawai DVS menjumpai seekor anjing betina mengalami kecederaan pada kaki dan badannya. Hasil siasatan bersama polis di kebum ayam itu menjumpai parang yang digunakan Amir.
Pegawai DVS diwakili pegawai pendakwa Hasiah Musa sementara Amir diwakili oleh A Chong.