
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di AS, negara paling terjejas akibat pandemik global itu, meningkat kepada 3,762,081 orang, kata universiti berpangkalan di Baltimore itu setakat 8.30 malam.
Tambahan 514 kematian dilaporkan, menjadikan keseluruhannya 140,474 pesakit meninggal dunia di AS setakat ini.
AS merekodkan lebih 60,000 kes baru setiap hari sejak 6 hari lalu, dengan rekod tertinggi 77,638 kes pada Jumaat lalu.
Presidennya, Donald Trump dalam temubual Fox News pada Ahad, sekali lagi mempertahankan cara beliau menangani pandemik itu dengan mendakwa AS “dicemburui dunia” dari segi ujian saringannya, merujuk ramalan awalnya virus itu akan hilang dan berkata: “Saya akan (terbukti) betul akhirnya”.
Beliau turut mengulangi bantahan terhadap gesaan untuk mewajibkan pemakaian topeng dengan berkata: “Saya mahu rakyat mempunyai kebebasan tertentu”.