Lebih 600,000 maut akibat Covid-19 di seluruh dunia

Lebih 600,000 maut akibat Covid-19 di seluruh dunia

Sebanyak 600,523 kematian dicatatkan di seluruh dunia daripada 14,233,355 kes positif Covid-19.

Anggota separa tentera India menabur kelopak bunga dalam keranda seorang rakan sekerja yang meninggal dunia akibat Covid-19 di sebuah krematorium di Srinagar, Kashmir pada Sabtu. (Gambar AP)
PARIS:
Pandemik Covid-19 meragut lebih 600,000 nyawa di seluruh dunia, menurut statistik AFP pada Ahad.

Sebanyak 600,523 kematian dicatatkan di seluruh dunia daripada 14,233,355 kes positif, pengiraan berdasarkan data rasmi, termasuk 205,065 kematian di Eropah – benua yang paling teruk terjejas dengan virus itu.

Koronavirus merebak dengan pantas di Amerika Latin – wilayah dengan jumlah kematian kedua terbanyak – di mana 160,726 pesakit meninggal dunia.

Amerika Syarikat ialah negara dengan paling banyak kematian, iaitu 140,103 diikuti Brazil (78,772), Britain (45,273), Mexico (38,888) dan Itali (35,042).

Jumlah kematian dikaitkan kepada Covid-19 meningkat sekali ganda dalam 2 bulan dan lebih kematian baru dicatatkan dalam tempoh 3 minggu sejak 28 Jun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.