
PETALING JAYA: Sarawak merekodkan kes Covid-19 terbanyak selepas mencatatkan 6 kes aktif baru hari ini.
Infografik Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan 22 kes aktif di negeri itu hari ini berbanding 17 semalam.
Ini diikuti oleh Selangor dengan 16 kes aktif.
Sementara itu, 4 negeri, iaitu Terengganu, Johor, Kuala Lumpur, Melaka dan Sabah mencatatkan kes aktif satu angka.
Negeri zon hijau tanpa kes aktif Covid-19 adalah Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Setakat ini, 8,779 kes Covid-19 direkodkan di Malaysia dengan 123 kematian.
8,553 individu disahkan sembuh daripada wabak itu, sementara 103 masih dirawat.