DBKL tutup kelab malam, pusat urut langgar SOP

DBKL tutup kelab malam, pusat urut langgar SOP

Penutupan premis dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

DBKL berkata 2 pusat urut disyaki menyediakan perkhidmatan seks. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup 2 kelab malam dan 3 pusat urut selepas premis terbabit didapati melanggar prosedur operasi standsrd (SOP) Covid-19.

Dalam satu kenyataan DBKL berkata, penutupan premis dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, pemeriksaan terhadap premis terbabit dijalankan antara jam 11 malam hingga 3 pagi oleh pegawai penguat kuasa dengan bantuan pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kedua-dua kelab malam di Solaris Mont Kiara itu ditutup kerana menjalankan aktiviti hiburan dengan mengabaikan penjarakan sosial.

Dalam pada itu, pusat urut di Changkat Bukit Bintang ditutup kerana menggaji pekerja warga asing yang tidak dibenarkan bawah SOP. Premis itu turut didenda kerana menggaji pekerja asing tanpa kebenaran.

Di Danau Kota, DBKL menutup 2 pusat urut yang disyaki menyediakan perkhidmatan seks, menggaji pekerja asing dan beroperasi selepas tengah malam.

Kedua-dua premis ditutup dan pihak berkuasa turut merampas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta buku mengandungi senarai nama pelanggan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.