Indonesia catat 4,016 kematian akibat Covid-19, kes positif 84,882

Indonesia catat 4,016 kematian akibat Covid-19, kes positif 84,882

Dalam tempoh 24 jam, 59 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat pandemik itu kini 4,016 orang.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi akibat Covid-19, iaitu 1,349 kes diikuti Jakarta (727 kes), Jawa Tengah (300), Sulawesi Selatan (270). (Gambar AP)
JAKARTA:
Kes positif Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 84,882 kes, menyaksikan tambahan jangkitan baru sebanyak 1,752 dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap pemerintah Indonesia berkaitan Covid-19 Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 59 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat pandemik itu kini 4,016 orang.

“Sebanyak 37,593 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya pada sidang media harian disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi, iaitu 1,349 kes diikuti Jakarta (727 kes), Jawa Tengah (300), Sulawesi Selatan (270) dan selebihnya wilayah lain di Indonesia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.