
Pihak berkuasa di lokasi asal virus Covid-19 itu memberi amaran kepada penduduk di kawasan tebing Sungai Yangtze untuk mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras air menghampiri tahap amaran.
Takungan gergasi Three Gorges, yang menampung lebih banyak air untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan hilir, mencatatkan bacaan lebih 10 meter lebih tinggi daripada paras amarannya, dengan aliran masuk air sekarang melebihi 50,000 meter padu sesaat.
Tasik Poyang di wilayah Jiangxi, yang terbentuk daripada limpahan Sungai Yangtze, kini mencecah 2.5 meter lebih tinggi daripada paras amarannya. Ia melebar lebih 2,000 km persegi dan sebahagian bandar di sekitarnya mula tenggelam.
Di sebelah timur, tasik Tai dekat Shanghai juga diisytihar kawasan amaran merah selepas paras air meningkat hampir 1 meter lebih tinggi daripada paras selamat.
Hujan lebat pada musim panas adalah punca utama China dilanda banjir hampir setiap tahun.
“Ini mewujudkan halangan besar di sini dalam hal berkaitan stok peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk masuk ke pasaran AS.
“Ini merupakan bencana terburuk pernah berlaku, tetapi itulah yang kami sedang hadapi sekarang,” kata seorang presiden syarikat pengedar bekalan perubatan Dealmed, Michael Einhorn.
“Kami tidak boleh keluarkan produk selama lebih seminggu, iaitu tempoh yang sangat lama dalam perniagaan kami,” katanya.
Penganalisis berkata kegiatan ekonomi di beberapa bahagian wilayah China, terutama industri pembinaan, keluli dan simen terus terjejas akibat banjir.
“Kami menjangkakan banjir baru-baru ini di wilayah Sungai Yangtze membawa kepada penurunan kasar sebanyak 0.4-0.8% pada suku ketiga perkembangan KDNK,” kata seorang penganalisis dari bank Morgan Stanley.