Dewan Rakyat akan bincang pelan damai Trump untuk konflik Palestin

Dewan Rakyat akan bincang pelan damai Trump untuk konflik Palestin

Usul khas dari Syed Ibrahim Syed Noh (PH-PKR) minta Dewan Rakyat membincangkan pelan damai Donald Trump untuk konflik Israel-Palestin.

PETALING JAYA:
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini membenarkan usul khas daripada pembangkang meminta Dewan Rakyat membincangkan pelan damai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk konflik Israel-Palestin.

Azhar mengumumkan usul Syed Ibrahim Sed Noh (PH-PKR) yang dibuat pada 14 Julai itu itu dibenarkan kerana ia “perkara tertentu”, “berkepentingan orang ramai”, dan “perlu”.

“Usul ini akan dibahaskan pada hari ini, 2.30 petang di Kamar Khas. Saya akan benarkan pihak pencadang untuk bahaskan selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan akan menjawab selama 30 minit,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Syed Ibrahim sewaktu membacakan usul khas minta usul ia diluluskan di Dewan Rakyat atas nama keadilan dan keamanan untuk penduduk Palestin.

Pelan damai Trump terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ekonomi (terbit 22 Jun) dan politik (terbit Januari). Rancangan itu dikritik oleh kepimpinan Palestin kerana ia berat sebelah kepada Israel, dan juga majlis penempatan Yahudi di Tebing Barat kerana ia membayangkan penubuhan negara Palestin.

Di sebalik kebimbangan mengenai pengilhakan tanah Palestin oleh Israel, pelan itu juga menolak penubuhan ibu negara Palestin di Baitulmaqdis Timur.

“Ahli Parlimen khususnya dan Malaysia amnya wajib terus bersuara bersama ahli Parlimen sedunia serta masyarakat antarabangsa untuk mengecam Israel dan Amerika Syarikat,” kata Syed Ibrahim.

“Ia supaya rencana jahat mereka dihentikan dan tidak sewenang-wenangnya dilakukan secara unilateral tanpa menghiraukan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.